Launching of Tumasik Trade Networks

0
1,439 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

Article from Berita Harian Singapore.

Rangkaian dagangan baru galak sistem ekonomi Islam

Oleh Atiyyah Mohd Said

SATU rangkaian perdagangan baru untuk peniaga Islam akan dilancar dalam usaha menggalak sistem ekonomi Islam dalam kalangan masyarakat Islam setempat.

Rangkaian Dagangan Tumasik ialah rangkaian peniaga setempat yang bersedia menerima emas dan perak dalam urusan perniagaan.

Ini hasil idea sekumpulan syarikat Islam setempat di bawah nama Anniche yang terdiri daripada firma Syajarah, 14:24, Carve Books dan Wazir Media.

Rangkaian yang bakal dilancarkan pada 28 Januari ini, kini mempunyai sekitar 35 anggota peniaga daripada pelbagai bidang seperti kedai runcit, kedai gunting rambut, khidmat pendidikan dan pakaian.

Ustaz Mohd Noor Mohd Deros, 25 tahun, yang mengetuai usaha rangkaian itu, berkata ia bermatlamat meningkatkan kesedaran lebih ramai peniaga dan pengguna tentang sistem ekonomi Islam atau Al-Muamalah.

‘Sebenarnya terdapat segelintir peniaga yang sudah menerima wang emas dan perak sejak beberapa bulan lalu tetapi masih belum meluas. Jadi, kami berharap dapat mendekati lebih ramai peniaga dan pengguna dalam usaha ini,’ jelasnya.

Menurut pemilik syarikat penyedia pendidikan Islam 14:24 itu, usaha tersebut penting apatah lagi menyusuli krisis di negara-negara Barat sejak beberapa tahun lalu yang mencerminkan kelemahan sistem kewangan Barat.

‘Sistem ekonomi yang menggunakan mata wang kertas dan mengamalkan riba tidak mungkin dapat bertahan lama. Maka penting bagi kita mempunyai alternatif sistem kewangan lain,’ ujarnya yang menjual dinar dan dirham yang dibekalkan dari Kelantan.

Tentang permintaan di Singapura, Ustaz Mohd Noor menerangkan matlamatnya bukan menarik semua orang tetapi golongan yang memahami dan mahu mengamalkan penggunaan emas dan perak.

Beliau menegaskan bahawa ini tidak menyalahi undang-undang negara kerana ia bersifat dagangan barter yang dipersetujui kedua-dua pihak.

‘Kami bukan menggalak orang ramai langsung tidak menggunakan duit kertas dan syiling di negara ini tetapi memberikan pilihan kepada peniaga dan pengguna Muslim untuk menggunakan dinar emas dan perak.

‘Misalnya, satu dinar emas bersamaan $360 manakala satu dirham atau perak ialah $12.

‘Jadi, jika anda membeli sesuatu barang yang berharga $5 dengan menggunakan dirham, anda akan tetap dikembalikan $7 dalam bentuk wang kertas kerana tiadanya dinar dalam nilai lebih rendah,’ jelasnya.

Beliau menambah, negara jiran khususnya Malaysia dan Indonesia kini semakin giat menggerakkan usaha penerimaan dinar emas dan perak dalam urus niaga harian secara bersama dengan lebih 10,000 kedai sudah melaksanakannya.

Antara kegiatan rangkaian itu termasuk seminar, bengkel serta pasar lambak.

Ustaz Mohd Noor menyasarkan menarik 100 kedai menyertai rangkaian itu pada akhir tahun ini.

Salah seorang anggotanya ialah Encik Mubarak Shah, pemilik kedai online yang menjual buku Islam, Carve Books.

‘Sebenarnya saya sudah menggunakan emas dan perak setahun lalu dan saya rasa dengan pelancaran rangkaian itu, lebih ramai masyarakat Melayu akan semakin cenderung membeli emas dan perak,’ katanya.

Butir lanjut mengenai majlis pelancaran di Auditorium Masjid Sultan itu boleh didapatkan menerusi laman [email protected].

Source: http://cyberita.asia1.com.sg/mekoniaga/story/0,6879,206387,00.html?

 

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.