Islamicevents.sg in Berita Harian today

0
1,254 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

articles

Alhamdullilah, we are really fortunate that we have been meeting the right people and hence an article about us appears in BH.

Oleh
Suryani Omar
INGIN mencari kegiatan Islam untuk dihadiri tetapi tidak pasti bagaimana?

Kini terdapat satu laman Internet, yang direka dan dikendalikan oleh syarikat IslamicSG Networks, yang menyeneraikan pelbagai kegiatan dan kelas agama di serata Singapura.

IslamicSG Networks adalah syarikat baru yang ditubuhkan oleh tiga pemuda – Encik Fadzuli Wahab, Encik Fazli Mansor dan Encik Luqman Hakim Abdul Hadi.

Ia menawarkan khidmat menubuhkan laman Internet selain latihan dan pembangunan dalam mengendalikan laman Internet.

Laman Islamicevents.sg itu bertujuan menyenaraikan dan menguar-uarkan tentang kegiatan berunsur Islam yang dianjurkan masjid-masjid dan pertubuhan setempat.

‘Sebenarnya idea ini muncul daripada pengalaman kami sendiri.

‘Kami dapati apabila hendak mencari kelas agama dan kegiatan untuk dihadiri, untuk ke laman masjid dan pertubuhan secara individu, agak leceh dan mengambil masa.

‘Jadi kami terfikir, mengapa tidak sediakan sebuah portal yang cuba menyenaraikan segala kegiatan Islam setempat,’ kata Encik Luqman Hakim ketika ditemui semalam.

Mereka berkenalan di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Encik Luqman Hakim, 24 tahun, adalah penuntut tahun keempat dalam bidang Biologi Pengiraan (Computational Biologi) di NUS, dan Encik Fazli, 23 tahun, adalah mahasiswa tahun ketiga dalam Kejuruteraan Komputer di NUS.

Encik Fadzuli, 25 tahun, mempunyai Diploma dalam Infokom Berbilang Media dari Politeknik Nanyang dan adalah bekas penuntut di NUS.

Dengan modal yang amat rendah, iaitu $200, mereka membangunkan laman Islamicevents.sg dan ia dilancarkan hampir dua bulan lalu.

‘Mulanya agak susah untuk mendapat senarai kegiatan. Kami terpaksa pergi ke masjid-masjid itu sendiri.

‘Dari segi teknikal, kami terpaksa membangunkan kod dan skrip agar ia dapat dikemaskini setiap hari secara automatik,’ kata Encik Fadzuli.

Acara-acara disenaraikan secara percuma.

Bagaimanapun, Encik Fadzuli berkata mereka sedang mendapatkan syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk di laman tersebut sebagai sumber pendapatan.

‘Pada masa yang sama, jika terdapat badan yang ingin mendapatkan slot utama untuk mengiklankan kegiatan mereka, mereka boleh membayar untuk slot tersebut.

‘Dengan ini kami dapat meraih pendapatan daripada portal ini,’ katanya lagi.

Taken From: http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,110264,00.html?

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.