Kursus kedua kenali ekonomi Islam bermula Isnin ini

1
1,284 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

Taken from Cyberita

RAMAI antara kita yang tidak tahu perbezaan antara ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional, apatah lagi falsafah di sebalik kewangan dan perbankan Islam.

Bagi memudahkan orang ramai mendalami falsafah di sebalik konsep itu satu kursus pengenalan bertajuk ‘Falsafah Ekonomi Islam’ bakal dikendalikan mulai Isnin ini.

Ini adalah kali kedua kursus tersebut dianjurkan.

Kursus intensif selama 8 sesi itu akan memperkenalkan para peserta kepada konsep ekonomi secara konvensional serta konsep ekonomi dalam Islam.

Kursus tersebut akan dikendalikan oleh seorang pelatih, Encik Abdul Halim Abdul Karim, yang memiliki sarjana dalam bidang falsafah dan pengurusan Ilmu daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) yang juga mengajar di madrasah mingguan Pergas dalam pelbagai subjek termasuk Ekonomi Islam.

Menjelaskan lebih lanjut tentang kursus itu, Encik Abdul Halim berkata:

‘Berbeza daripada kursus-kursus yang lazim diadakan, kursus ini membentangkan secara lebih terperinci mengenai ciri-ciri iktisad Islam atau ekonomi Islam dan bagaimana prinsip-prinsipnya masih boleh digunakan sebagai panduan bagi umat Islam sejagat khususnya di Singapura.’

Namun, apa yang lebih penting katanya, kursus ini membolehkan umat Islam Singapura mendalami pemahaman tentang krisis kewangan dunia kini.

Bayaran bagi menyertai kursus ialah $330 dan ia akan dibuka kepada hanya 20 peserta. Kursus akan dijalankan di Pergas, Wisma Indah, Changi.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui talian 9459-4857.

Islamic Philosophy of Economics: An Introduction Islamic Philosophy of Economics: An Introduction

 11 May 2009, 7.30pm to 10.30pm
Venue: Pergas, Wisma IndahDetails»
Organiser: Abdul Halim

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

1 COMMENT

  1. Assalamualaikum,

    Alhamdulilah! Kursus sebeginilah yang harus diadakan pada masa ini. Beberapa tahun yang lalu saya ada mengikuti kelas Ekonomi Islam yang juga diajar oleh Akhi Abdul Halim di Pergas. Tetapi itu dalam bahasa Melayu. Beliau sangat mahir mengajar madah ini dan juga subjek Tasawwur Islam. Saya tidak tahu rupa-rupanya ini kali kedua beliau mengadakan kursus ini dalam bahasa English pula. Syabas kepada Akhi Abdul Halim!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.