Lima Ciri Masyarakat Muslim Cemerlang

0
1,355 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

Ramadan ibarat pusat latihan bagi membangkitkan kembali semangat keagamaan dan memberi peluang kepada umat Islam bermuhasabah diri dan merintis jalan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Lantaran itulah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengambil peluang di bulan suci ini untuk menekankan ciri-ciri yang ingin dilihat dalam jati diri Muslim di sini, selaras dengan usaha membangunkan masyarakat cemerlang.

Ditemui sempena keluaran khas Ramadan ini, Naib Mufti, Ustaz Mohd Fatris Bakaram, menjelaskan lima ciri tersebut yang merangkumi nilai-nilai yang telah ada dalam masyarakat Islam setempat, namun perlu diperkukuh lagi.

“ Sejak sekian lama, masyarakat Islam Singapura telah menunjukkan kita memiliki ciri-ciri ini. Tapi sempena Ramadan, ayuh kita terus mempertingkat dan memperbaiki diri dan menjadikan nilai-nilai ini amalan seharian dalam hidup kita. Dan usah bataskan nilai-nilai itu pada hanya di bulan Ramadan,” ujar beliau.

Lima ciri tersebut, yang dipaparkan di semua bahan publisiti kempen yang bertemakan Raikan Bersama Keindahan Ramadan itu ialah daya tahan keagamaan, bersikap inklusif, menyumbang, mampu menyesuaikan diri dan progresif.

Berikut penjelasan ringkas Ustaz Fatris kepada tiap ciri trsebut.

Ketahanan Agama

Berpegang teguh kepada prinsip agama walau ketika menghadapi kesulitan dan cabaran

Malah, kesulitan yang dihadapi itu tidak seharusnya melemahkan pegangan seorang Muslim, sebaliknya memberikannya kekuatan.

Inklusif

Menjadi masyarakat yang menerima perbezaan.

Sikap terbuka ini bukan hanya kepada mereka yang berlainan agama, malah sama penting di kalangan masyarakat Muslim sendiri, yang mempunyai pegangan yang berbeza.

Pada masa yang sama, Ustaz Fatris juga menarik pehatian bahawa sikap inklusif itu bukan hanya dalam bentuk menerima perbezaan.

Menjelaskan, beliau berkata seorang Muslim itu perlu juga mempunyai keyakinan untuk hidup dikalangan masyarakat bukan Islam, sekali gus menjadi bahagian penting masyarakat Singapura.

Memberi Sumbangan

Menghapus sikap mementingkan diri sendiri.

Sumbangan itu, menurut Ustaz Fatris, bukan hanya dalam bentuk wang, malah dalam bentuk idea dan tenaga.

Menurutnya, Rasulullah saw pernah menceritakan kepada sahabat-sahabatnya supaya jangan meremehkan sumbangan sekecil mana sekalipun – walaupun sumbangan itu dalam bentuk senyuman.

Namun, beliau menekankan bahawa Islam tidak mahu umatnya hanya menyumbang kepada Islam.

“Islam menggesa kita agar berlumba-lumba dalam membuat segala kebaikan.” tegasnya.

Sesuaikan diri

Dalam kita berpegang teguh kepada prinsip,  masyarakat Islam juga tidak boleh bersikap keras dan tegar.

Ustaz Fatris berkata Muslim harus sentiasa terbuka meyesuaikan kehidupan beragama mereka dengan keadaan yang senantiasa berubah.

Progresif

Keinginan untuk terus mencapai kemajuan dan kecermelangan harus menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Islam.

Menurut Ustaz Fatris, Islam sentiasa menggesa umatnya agar mempertingkatkan diri dan maju dalam segala bidang.

“Lantas, kita tidak boleh mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita, tapi kita juga harus berusaha dan bekerja keras untuk terus memajukan diri, keluarga dan masyarakat” ujar beliau.

Ustaz Mohd Fatris Bakaram
Petikan dari Berita Harian 6 Ogos 2010

View original articles @ www.ramadan.sg.

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.