“Pemerhatian Seorang Murid” pada panduan adab para belia menghadiri majlis mawlid. – special edition by Ustaz md Zåhid

0
3,482 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

This article is reposted with permission from Ustaz Md Zahid Md Zin

 

Sepuluh baris kasih ini saya mohon berkongsi bersama teman-teman saya, para belia Singapura. Semoga panduan ringkas ini dapat menjadikan kalian mudah meraih manfaat ketika menghadiri majlis.

 

Adinda-adindaku yang dikasihi,

 

1-Pakailah pakaian yang indah (seeloknya berwarna putih) dan bersongkok, serta memakai wangian. Keistimewaan ini adalah kemegahan kita orang nusantara sejak berkurun lamanya.

 

2- Masuklah majlis dengan berwudhu’. Di dalam majlis kamu akan membaca selawat dan ayat2 alQur’an, selain itu bakal berkumpul dengan orang-orang yang soleh. Sucikanlah diri dengan berwudu’ semoga mudah tertumpah nur orang-orang yang baik dihati kalian.

 

3- Usah duduk di barisan hadapan kerana biasanya tempat-tempat itu diduduki oleh para ulama’ dan orang-orang yang lebih tua memadailah anda duduk di bahagian tengah atau belakang. Amalan ini dilakukan oleh para guru-guru kita, kata mereka “malu berhadapan dengan para ulama’ dengan wajah yang penuh dosa”.

 

4- Mengangkat tangan dan berdoa ketika Mahallul Qiyam itu lebih mulia dari mengangkat telefon atau kamera anda. Usah risau, kerana Allah merekod kehadiran anda dengan ‘kamera’ nya yang lebih canggih.

 

5- Haruslah kalian memberi tumpuan kepada penceramah dan tidak mengalih pandangan ke arah lain ketika mereka sedang memberi tazkirah (walaupun ketika kehadiran ulama’ yang lain) ini menganggu konsentrasi mereka berceramah dan juga dianggap kurang adab.

 

6- Tidak mengapa jika ingin mengambil gambar kenangan tetapi usah terlalu banyak hingga tak beri tumpuan pada ceramah dan pembacaan mawlid. Ini bezanya majlis maulid dan juga konsert.

 

8- Kurangkan FB ‘check in’, ‘status update’, twitter dan lain lain ketika majlis sedang berlangsung, sekali lagi usah risau malaikat takkan terlepas mencatit ‘current location’ anda.

 

7- Jangan merempuh dan berasak ketika menyambut dan bersalam para ulama’, apa yang membezakan kita dengan para peminat penyanyi dan pelakon adalah ADAB. Beratur dengan tenang dan sekiranya tidak berpeluang cukuplah dengan melambai dan memberi salam.

 

8- Memadailah mengucup tangan para ulama’, ketahuilah untuk memeluk ratusan jemaah amatlah sangat memenatkan.

 

9- Haruslah mendahulukan orang tua ketika makan, dan berlumba-lumbalah untuk berkhidmat (mengangkat dulang, menghulurkan air basuh tangan dan lain-lain) usahlah menunggu dilayan seperti di hotel. Kalian berada di majlis itu untuk ditarbiyah bukan dilayan.

 

10- Jagalah niat dan hadirlah majlis sungguh-sungguh kerana Allah dan Rasulullah.

 

yang mencintai kamu kerana Allah dan Rasul.

Kekandamu, Ustaz Md Zahid Md Zin.

 

http://www.facebook.com/mdzahidzin

 

 

 

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.