Perbankan Islam: Memberi Lebih Nilai

0
1,324 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

Deposit Berlandaskan Syariah – Dapatkah Ia Memberi Lebih Nilai Pada Pelanggan?

Pada ketika ini, beberapa bank di Singapura menawarkan produk-produk simpanan berlandaskan Shariah atau lebih dikenali dengan istilah “Akaun Islam”. Keadaan ini menguntungkan para pelanggan kerana kini mereka mempunyai banyak pilihan dan sekaligus dapat memilih yang terbaik untuk memaksimumkan pulangan ke atas wang simpanan mereka. Lebih-lebih lagi pada waktu ini di mana pihak bank sedang melipatgandakan usaha untuk menarik lebih banyak deposit. Bagi masyarakat Islam pula, kita tidaklah ketinggalan untuk menikmati peluang ini dengan adanya akaun Islam.

Pulangan ke atas Akaun Islam boleh mencapai setinggi 0.8% setahun

Kini sudah ada bank yang menawarkan pulangan lebih tinggi ke atas akaun Islam daripada kebanyakan akaun konventional. yang rata-rata memberikan pulangan sekadar 0.05%setahun atau tiada pulangan langsung. Contohnya akaun Islam CIMB Bank Berhad, CIMB StarSaver-i, menawarkan pulangan indikatif setinggi 0.8% setahun.. Lebih menarik lagi, CIMB StarSaver-i adalah percuma kerana tiada sebarang yuran bulanan dikenakan. Mari kita lihat contoh berikut di mana seorang penyimpan, Encik Ahmad (nama samaran), meraih pulangan sebanyak $750 setahun lebih tinggi dengan menyimpan di dalam CIMB StarSaver-i dibandingkan dengan akaun konvensional.

 

Simpanan sebanyak $100,000

CIMB StarSaver-i

Akaun Konvensional

Kadar Pulangan Indikatif

0.8% setahun

0.05% setahun

Pulangan selepas setahun

$800

$50

Encik Ahmad meraih $750 lebih tinggi dengan CIMB StarSaver-i

 

Namun, perlu ditekankan di sini bahawa kadar pulangan yang dibandingkan adalah antara dua produk simpanan dan bukan dengan produk pelaburan di mana pulangan dan risiko adalah berlainan sekali.

Mengapa tunggu-tunggu lagi?

Contoh di atas membuktikan bahawa akaun Islam dapat menandingi akaun konvensional dengan memberikan nilai yang lebih tinggi. Encik Ahmad bukan sahaja dapat memaksimumkan pulangan ke atas wang simpanannya tetapi hatinya berasa tenang disebabkan akaunnya Islam dan dilindungi sehingga $50,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Singapura atau SDIC. Dalam istilah bahasa Inggeris “no brainer”.

Namun, masih ramai lagi yang tidak berlumba-lumba untuk meraih pulangan yang lebih tinggi lagi halal ini untuk wang simpanan yang bertahun-tahun dikumpulkan. Seringkali sebab-sebab yang diberikan adalah seperti berikut:

  1. Sudah lama dan selesa dengan bank yang ada sekarang
  2. Tiada kelapangan untuk membuka akaun simpanan di bank yang lain
  3. Bank-bank yang menawarkan akaun Islam tidak mempunyai banyak cawangan dan mesin ATM

Bagaimana hendak kecapi pulangan tinggi lagi halal – “No Problem” ada caranya

Sebab-sebab yang diberikan di atas memang dapat difahami memandangkan penggunaan akaun simpanan merupakan aktiviti harian kita. Tetapi yang diberikan fokus di sini adalah menggunakan akaun Islam untuk memaksimumkan pulangan ke atas wang simpanan yang diketepikan atau “spare cash” yang selalunya telah disimpan selama bertahun-tahun lamanya atau bagi kebanyakan orang kita, mendapat durian runtuh selepas jual rumah atau dapat duit CPF. Bagi yang masih muda pula, ia merujuk kepada wang simpanan bulanan yang diketepikan untuk kegunaan masa depan. Akaun bank yang ada sekarang masih boleh dikekalkan untuk perbelanjaan harian atau bulanan.

Kini, banyak bank-bank yang membolehkan para pelanggan membuka akaun simpanan tanpa perlu hadir di cawangan bank. Hanya perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh didapatkan daripada website dan poskan semula beserta dengan dokumen yang diperlukan.

Dengan perancangan yang baik, aktiviti perbankan masih boleh dijalankan seperti biasa. Contohnya perbankan Internet CIMB Clicks membolehkan penyimpan mengeluarkan wang dan memindahkan wang dari satu bank kepada bank yang lain di Singapura mahupun di Malaysia. Malah CIMB Clicks membolehkan pelanggan membayar zakat.

Sila perhatikan cara Puan Aminah (nama samaran) membuka CIMB StarSaver-i dan menjalankan aktiviti perbankannya:

 

Kegiatan Perbankan Puan Aminah

Cara Puan Aminah melakukannya

Memohon CIMB StarSaver-i tanpa hadir di cawangan bank CIMB
  1. Download dan isi borong permohonan
  2. Sertakan dokumen-dokumen
  3. Poskan semula ke pihak bank
Mengeluarkan wang Puan Aminah boleh memilih salah satu cara-cara berikut:

  1. Hadirkan diri di cawangan bank
  2. Menggunakan CIMB Clicks untuk memindahkan wang daripada CIMB StarSaver-i ke akaun banknya yang ada sekarang. Apabila wang sudah dipindahkan, Puan Aminah bolehlah ke mana-mana ATM bank berkenaan pada bila-bila masa sahaja.
Membayar bil Puan Aminah boleh memilih salah satu cara-cara berikut:

  1. Bayar melalui GIRO
  2. Bayar menggunakan cek
  3. Menggunakan CIMB Clicks untuk memindahkan wang daripada CIMB StarSaver-i ke akaun banknya yang ada sekarang.

 

Contoh di atas menunjukkan betapa mudahnya Puan Aminah dapat memaksimumkan pulangan ke atas CIMB StarSaver-i dan pada masa yang sama Puan Aminah masih boleh menjalankan aktiviti perbankan seperti biasa. Namun, Puan Aminah harus mengawal pengeluaran wang simpanannya disebabkan tujuan CIMB StarSaver-i ini adalah untuk simpanan “spare cash” beliau.

Kalau Puan Aminah boleh, kenapa tunggu-tunggu lagi? Jom, marilah ramai-ramai kita buka akaun Islam di samping melestarikan perbankan Islam di Singapura.

 

Ringkas: Uiji kefahaman anda…

  1. Berapakah pulangan indikatif setahun bagi CIMB StarSaver-i?

a)      0.5%   b) 0.8%   c) 1%

  1. Apakah tujuan sebenar CIMB StarSaver-i?

a)     Mengeluarkan wang  b) Menyimpan “spare cash” c) Membayar bil

  1. Apakah yang boleh dilakukan dengan CIMB Clicks?

a)      Membayar Zakat  b) Memindahkan wang  c) a & b

 

Untuk keterangan lanjut mengenai produk-produk perbankan Islam di CIMB Bank, sila hubungi pegawai berikut:

Rokilah Abdul Samat
Associate Director
CIMB Islamic
Group Islamic Banking Division, Singapore
Tel: +65 6302 3903 | Fax: +65 6337 5335
www.cimb.com

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.