Kaabah @ Bishan Stadium

    0
    1,556 views
    Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
    Invalid email address
    We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

    Recently TM Fauzey Travels & Tours created a simulated training experience for their Jemaah that will be embarking on their pilgramige this year.

    For the first time ever a 7 foot by 7 foot model Kaabah was built for this training session at Bishan Stadium and around 600 participants took part in this event. Participants were also asked to walk around the Bishan 400m track to simulate the walk between Safa & Marwah.

    Besides the simulation training of walking around the model Kaabah and walking the distances, Ustaz Tengky Fauzi explained that this excercise was to provide the Jemaah the confidence the perform the actual activities in Mekah this coming Hajj by themselves without interference.

    Source Cyberita.

    SEKITAR 600 jemaah haji Singapura telah menguji keupayaan diri mereka melakukan ibadah tawaf dan sai sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah baru-baru ini.

    Lengkap dengan model Kaabah berukuran enam meter persegi, jemaah haji daripada TM Fouzy Travel & Tours itu mengelilingi model tersebut, yang didirikan di Stadium Bishan, sebanyak tujuh kali sebagai latihan simulasi ibadah tawaf selepas solat asar Jumaat lalu.

    Mereka juga berjalan sejauh 400 meter berulang-alik tujuh kali di trek stadium tersebut sebagai latihan simulasi ibadah sai antara Bukit Safa dengan Marwah di Makkah.

    Ketika dihubungi, Pengarah Urusan TM Fouzy Travel & Tours, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkata latihan tersebut merupakan pertama kali dilakukan secara besar-besaran.

    Menurutnya, selain membiasakan jemaah haji dengan ibadah tawaf dan sai dan memberi mereka pengalaman sebenar, ia juga bagi membina keyakinan jemaah semasa melakukan ibadah itu bersama jutaan jemaah lain.

    ‘Berbeza daripada tahun lalu, tahun ini tidak ada ancaman kesihatan seperti flu H1N1, dan saya dapat jangkakan jumlah jemaah haji lebih ramai.

    ‘Jadi insiden jemaah terlepas daripada kumpulan dan terpaksa melakukan ibadah tawaf dan sai seorang diri akan timbul.

    ‘Dengan adanya latihan ini, mereka mampu membina keyakinan diri untuk melakukan ibadah tersebut seorang diri tanpa sebarang gangguan,’ kata Ustaz Tengku Mohd Fouzy.

    Selain itu, menurutnya, jemaah haji juga dapat menilai tahap kesihatan diri mereka melakukan kededua ibadah dan membuat perancangan apabila berada di Makkah kelak.

    Acara latihan tersebut turut dihadiri Duta Arab Saudi ke Singapura, Dr Jamil Mahmoud Mohd Merdad.

    Seramai 70 bakal jemaah haji bersama kumpulan pertama TM Fouzy Travel & Tours telah pun berlepas Isnin lalu.

    Dua lagi kumpulan seramai 250 dan 230 jemaah berangkat Selasa lalu dan hari ini.


    If you do have any interesting news to share with the Online Muslim Community in Singapore, beep us @ [email protected]

    Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
    Invalid email address
    We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.