SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADAN

0
1,051 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

Salam isteri-isteri yg dimuliakan.

Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh2 mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.

Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW. Insya Allah.

Bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:

1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku’ dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.

2. Mengejutkan anak- anaknya yg masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.

3. Tingkah lakunya yang lebih sabar yang tidak cepat “panas baran” apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.

4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.

5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di masjid bersama-sama dan mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjid itu.

6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.

7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah korma, dia mendahulukan anak-anaknya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak2nya.

8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak-anaknya ke masjid untuk solat isyak dan terawih berjamaah.

9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.

10. Dia menceritakan bacaan tajwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.

11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.

12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.

13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada “alarm” tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.

14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar” di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda untuk beriktikaf di masjid yang berdekatan.

15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak2nya.

16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca “Tiga Qul” sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.

Selamat Bergembira dan Berbahagia Wahai isteri2.

Tulisan: Pak Utih

View original articles @ www.ramadan.sg.

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.